KEM KEPIMPINAN 2016

2016年小领袖学习营
日期Tarikh : 07.05.2016 ( 星期六Sabtu)
时间 Masa :8.00am ~ 4.00 pm
主题Tema : 事模实样


Tuesday 19 April 2011

PERTUKARAN MURID SEKOLAH RENDAH WARGANEGARA


PERTUKARAN MURID SEKOLAH RENDAH WARGANEGARA
Mereka  yang berhak membuat permohonan pertukaran murid:
i.              Ibu
ii.             Bapa
iii.            Penjaga yang di beri hak oleh mahkamah
iv.           Arahan Mahkamah
V.            Jabatan Kebajikan Masyarakat
                - Surat beranak asal perlu ditunjukkan semasa membuat pendaftaran.

PERTUKARAN KELUAR NEGERI / DAERAH
Tindakan Ibubapa /penjaga:
1. Mengisi borang SRTATS di sekolah dimana murid sedang belajar SRTATS.doc

2. Menyediakan dokumen sokongan yang lengkap.
          Dokumen yang perlu ada ;
          i.   2  salinan surat beranak murid
          ii.   2  salinan kad Pengenalan  ibubapa/penjaga
          iii.  2  salinan surat nikah/Perakuan Pendaftaran perkahwinan
          iv.  2  salinan surat Perintah Mahkamah tentang hak penjagaan ,jika ibubapa 
               bercerai       
          v.   2  salinan surat Daftar anak angkat mengikut seksyen 25 Akta  
                pengangkatan  1952
      3. Semua dokumen yang disertakan perlu disahkan terlebih dahulu.
      4. Mendapat kelulusan dari PPD / JPN yang berhampiran.
      5. Mendaftar di sekolah yang telah diluluskan.
      6. Murid tidak dibenarkan mendaftar sebelum mendapat kelulusan PPD/JPN.
        PERHATIAN!!!
        Bagi kes yang dalam proses penceraian  Permohonan pertukaran memerlukan surat hak penjagaan yang khas atau surat persetujuan dari kedua-dua belah pihak
        PERTUKARAN MASUK
        1.  Mendapat kelulusan penempatan dari PPD / JPN
        2.  Membuat pendaftaran di sekolah yang telah diluluskan
        3.  Perlu menyediakan dokumen yang  lengkap

        No comments:

        Post a Comment