KEM KEPIMPINAN 2016

2016年小领袖学习营
日期Tarikh : 07.05.2016 ( 星期六Sabtu)
时间 Masa :8.00am ~ 4.00 pm
主题Tema : 事模实样


Tuesday 26 April 2016

Hari Pendaftaran Murid Tahun 1 2016

LAPORAN HARI PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2016

Pada 31 Disember 2015, SJK (C) Chee Mong telah mengadakan hari pendaftaran bagi murid-murid Tahun 1. Majlis ini bermula pada pukul 9.00 pagi. Dalam majlis tersebut, satu taklimat telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa murid-murid Tahun 1 tentang sesi persekolahan yang akan dijalankan.

Setelah selesai sesi taklimat, majlis diteruskan dengan bayaran perbelanjaan persekolahan 2016 serta pembelian buku latihan murid-murid Tahun 1. Ibu bapa juga diminta mengisi maklumat kesihatan.

Selain itu, ibu bapa diminta membawa bersama beberapa dokumen seperti kad suntikan kanak-kanak, surat kelulusan penempatan, salinan surat beranak, gambar berukuran passport dan borang maklumat murid yang telah siap diisi untuk diberi kepada guru kelas Tahun 1.
         

Secara keseluruhannya, hari pendaftaran murid tahun 1 ini berjalan dengan lancar.Ramai ibu bapa yang dapat menghadirkan diri pada hari tersebut. 

No comments:

Post a Comment